Untuk kali ini, aku nak ceritakan serba sedikit berkenaan sukan scuba diving atau menyelam. Sebelum pergi dengan lebih mendalam berkenaan cerita aktiviti scuba diving ini aku hendak ceritakan aktiviti aku sebelum meminati aktiviti scuba diving ini, Pada suatu ketika, aku mmg sangat berminat dengan aktiviti lasak iaitu memanjat gunung. Pantang ada orang ajak aku akan pergi memanjat gunung, mula2 aku selalu menjadi follower kpd aktiviti ini hingga pada satu tahap aku menjadi leader dalam membuat aktiviti memanjat gunung ini. Tetapi, memandangkan umur makin meningkat dan stamina sudah berkurangan, aku telah tukar aktiviti lasak yang aku minati ini kepada sukan scuba diving. Hendak dikatakan hebat tidak la juga memandangkan aku ini selalu mabuk laut jika membuat aktiviti scuba diving ini..hehe..Pada asalnya, aku mula mengambil lesen Open Water Diver pada tahun 2005 sewaktu pejabat aku mula berjinak-jinak menghantar kakitangan mengambil lesen ini, kira 1st badge la bagi group pejabat aku.
Pada mulanya, aku berasa takut juga kerana aku tidak pandai berenang tetapi kerana minat kepada aktiviti lasak, aku gagahkan diri juga mengambil lesen ini. Seminggu sebelum kami pergi ke Tioman iaitu tempat mengambil lesen Open water Diver, aku telah mengambil inisiatif sendiri untuk pergi belajar berenang di Pusat Renang, Bandar Tun Razak. Kalau korang hendak tahu, aku belajar berenang berkawankan dengan kanak-kanak berumur seawal 4-5 tahun..haha..memang malu jugak la tetapi memandangkan berkat azam hendak lulus Lesen Open Water Diver aku tebalkan muka jugak la untuk belajar basic berenang, atleast kalau boleh selamatkan diri sendiri sudah cukup la..
Sebelum menyambung cerita bab ini, leh tgk gambar-gambar yg telah diambil di Sipadan..


Hai tuan tanah, leh tak Nadh nak tanya soklan. masa nak scuba tu kan, kan pakai oksigen tu kan, berapa dia charge ae? untuk berapa lama?
ReplyDeletemaceh ya.. Nadh tgh cari info sal oksigen ni. maceh menjawap.