Sunday, January 9, 2011

Scuba Diving

Untuk kali ini, aku nak ceritakan serba sedikit berkenaan sukan scuba diving atau menyelam. Sebelum pergi dengan lebih mendalam berkenaan cerita aktiviti scuba diving ini aku hendak ceritakan aktiviti aku sebelum meminati aktiviti scuba diving ini, Pada suatu ketika, aku mmg sangat berminat dengan aktiviti lasak iaitu memanjat gunung. Pantang ada orang ajak aku akan pergi memanjat gunung, mula2 aku selalu menjadi follower kpd aktiviti ini hingga pada satu tahap aku menjadi leader dalam membuat aktiviti memanjat gunung ini. Tetapi, memandangkan umur makin meningkat dan stamina sudah berkurangan, aku telah tukar aktiviti lasak yang aku minati ini kepada sukan scuba diving. Hendak dikatakan hebat tidak la juga memandangkan aku ini selalu mabuk laut jika membuat aktiviti scuba diving ini..hehe..Pada asalnya, aku mula mengambil lesen Open Water Diver pada tahun 2005 sewaktu pejabat aku mula berjinak-jinak menghantar kakitangan mengambil lesen ini, kira 1st badge la bagi group pejabat aku.

Pada mulanya, aku berasa takut juga kerana aku tidak pandai berenang tetapi kerana minat kepada aktiviti lasak, aku gagahkan diri juga mengambil lesen ini. Seminggu sebelum kami pergi ke Tioman iaitu tempat mengambil lesen Open water Diver, aku telah mengambil inisiatif sendiri untuk pergi belajar berenang di Pusat Renang, Bandar Tun Razak. Kalau korang hendak tahu, aku belajar berenang berkawankan dengan kanak-kanak berumur seawal 4-5 tahun..haha..memang malu jugak la tetapi memandangkan berkat azam hendak lulus Lesen Open Water Diver aku tebalkan muka jugak la untuk belajar basic berenang, atleast kalau boleh selamatkan diri sendiri sudah cukup la..

Sebelum menyambung cerita bab ini, leh tgk gambar-gambar yg telah diambil di Sipadan..

Thursday, January 6, 2011

Hidup

Liku-liku hidupku
bagai ranting-ranting kering
sesungguh tidak bertahan lama
sejak lahir lagi
engkau mencabarku
agar tidak berputus asa

Tika bayiku,
bertutur dan bertatih menjadi usahaku
Tika kanak-kanakku,
berkawan dan ilmu adalah permainan
Tika remajaku,
jiwa dan perasaan menambah tekananku

Dewasaku,
bekerja dan berteman impianku
Uzur..ya!
Tuaku,
Ketabahan dan imanku diuji..

Mungkinkah aku...
Sampai ke tahap itu??



My 1st Post dlm Blog

Salam semua,

Ini merupakan post yg pertama aku dalam bidang penulisan menerusi alam maya iaitu di blog ini. Sudah lama aku hendak memulakan sesuatu penulisan yg mungkin dapat memberi info kepada org2 lain. Dengan bebanan kerja dipejabat dan aku juga merupakan seorang yang amat aktif dalam bidang Kokurikulum sejak di bangku sekolah sehingga terbawa-bawa ke alam pekerjaan dengan menjadi Setiausaha Kesatuan Pekerja dan juga suatu masa dulu menjawat sebagai Ketua Sukan di Kelab Rekreasi off aku (Krn ada dengki-mendengki serta tidak puas hati seorang dua telah membuatkan aku meletak jawatan, kisah lama..hehe) , mungkin sudah tiba masanya aku menjadi seorang blogger atau menjadi seorang penulis yang berjaya.. Insyaallah..

Aku berharap org2 yang membaca blog aku terhibur, mendapat ilmu serta boleh memberi komen & idea yg bernas dan mampu memperbaiki mutu blog aku.

Masih belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2011. Semoga Tahun 2011 membawa semangat yang baru, azam yang kuat serta perubahan terhadap diri aku dan juga semua orang. Azam tahun baru aku adalah :

i . Mencapai cita-cita aku untuk menjawat jawatan sebagai seorang Pegawai Polis
ii . Berkawin
iii. Perubahan diri kearah kebaikan dan menjauhi kemungkaran
iv. Dapat menggunakan Degree aku da yang setahun xguna lagi
v. Dan seterusnya dapat membayar pinjaman PTPTN yang belum pernah dibayar lagi (Untuk menjamin masa depan rakyat Malaysia yang akan datang)

Salam hormat dari

Oranggunung @ MHI